Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

perlukah aku meingati kamu

Dia yang mencipta, Dia yang melihat, Dia yang mengatahui segala yang ada dilangit dan di bumi.. kita Hamba.... hamba pada yang satu. perlukah kita lupa akan ia. Diri yang hina masih tidak memahami apa yang di kehendaki Nya. Perlukah ia mengingatkan kita walhal kita adalah hambanya... kita yang sepatut datang dan mendampingi-Nya. bukan melupakan Nya. Hamba lupa pada kebesaran Tuan. Hamba ingkar dengan suruhan Tuan. dan akhirnya menzalimi diri yang dipinjam. Bukankah dunia ini milik mutlak Nya. Bukan kah sudah di amanah kan oleh Nya kepada kita. Cahaya yang makin malap bagaikan pelita yang kehabisan sumbernya begitu la hayat dunia ini. Kemajuan yang membawa kepada kehancuran, Lupa kah kita kisah-kisah kaum terdahulu yang lupa akan Tuan meraka dan di hantar dengan pelbagai musibah yang menghancurkan mereka. Bangkit la ummah. Tunaikan la amanah kita terhadap-Nya. Bangun lah Dari tidur lena yang panjang. Kerana ia masih terbuka untuk kita tempuhi bersama..... diri ini tidak dapat bers

Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam

Setiap seorang dari para imam mazhab yang empat telah berwasiat kepada umat Islam seluruhnya agar mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah, bukannya ajaran atau pendapat mereka. Ini mereka tegaskan kerana menyedari akan hakikat sebenar diri mereka sebagai manusia yang ada kelemahan dan kekurangan. Walaupun para imam mazhab ini diiktiraf dan disanjung keilmuannya oleh orang ramai, mereka tetap dengan penuh keikhlasan hati dan rendah diri mengakui bahawa adakalanya mereka boleh tersilap atau kurang tepat dalam ajaran mereka. Antara masalah paling kerap yang dihadapi oleh para imam mazhab, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ialah kesukaran memperolehi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat penghafal hadis banyak yang sudah meninggal dunia manakala anak murid mereka yang sempat menghafal hadis-hadis tersebut bertebaran di seluruh dunia Islam. Atas faktor ini dan beberapa yang lain, kita dapati para imam mazhab berwasiat kepada umat Islam dengan wasiat ya

masa yang tak nampak

Mata yang memerhati gelagat sang khalifah, yang sentiasa dahagakan sesuatu dari sesuatu yang lain, lidah membantu untuk membolehkan mesej yang terlintas didalam akal untuk di perkatakan, akal yang diberi untuk memilih jalan didalam bumi Nya. Nikmat yang sementara tiada kesudahannya. Bila memikirkan tentang sesuatu pasti tertanya diri ini akan kemana dimana hala tuju sesuatu perbuatan yang tidak ada pengakhiran. Erti nilai sebuah perjalan yang singkat sebelum menemuinya harus lah berteraskan amanah yang telah diberi, diri luar yang dipinjamkan pasti akan dipulangkan, amanah yang paling agung pada diri ini. menjaga diri yang dipinjam se-eloknya... Perjalanan ku masih lagi mentah, menyusuri jalan-jalan yang terlalu banyak cabangnya menyebabkan terkadang diri ini sendiri terkeliru di atas segala yang berlaku. Mungkin ini dugaan untuk menguji kekuatan dalam cahaya itu. semakin pantas perjalanan ku, semakin ku ingin mengetahui akan kemanakah diri ini. semakin hampir semakin kuat dugaan y