Skip to main content

Posts

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks
Recent posts

Dunia

Cerita Dunia, bukan cerita biasa yang di cipta dengan akal atau buku(ilmu), yang pasti ia adalah perjalanan yang di pilih oleh setiap individu. Walau apa jalan pun yang di lalui oleh setiap insan kepastian yang nyata ialah mencari halatuju di dalam pelayaran kehidupan. Kisah Dunia penuh dengan Khabar duka dan suka, dan yang pasti semua insan pasti melalui detik tersebut, kerana ia adalah pilihan yang insan sendiri memilih tiada yang memaksa untuk insan suka dan duka. Hanya cerita itu telah tertulis didalam jalan Dunia. Nukilan Dunia, hasilnya kepada emosi suka dan duka, lahir sifat dalam diri insan kebaikan Dan kejahatan itu juga pilihan. Tiada keterpaksaan kerana setiap perjalanan telah ada arahannya. Nyata dalam bayang yang sentiasa menghantui setiap sisi dalam perjalanan dunia. Indah tanpa ada yang mengetahui isi hari esok, menjadi misteri Nya.  Keagungan Dunia, boleh menyebabkan diri itu leka setiap keasyikan yang menipu pandangan insan yang terleka walau berilmu, nafsu akal yang t

NUKILAN KU

A ssalamualaikum dan salam sejahtera, nukilan ku akan berubah mulai saat ini tiada lagi omongan tentang diri ku, cuma aku cuba membangunkan metafora dan gaya bahasa yang lebih jitu. Hebat kalau berterusan saya boleh menghiasi baris kata bahasa dan bicara selembut sutera china. Indah madah tidak bermakna saya bijak berbicara, mungkin aku akan mencuba menggunakan abjad jawi supaya tamadun melayu itu tidak lenyap di mamah penjajah, walaupun secara am nya dapat di fikirkan secara logik bangsa melayu menggunakan tulisan arab dan mencipta gaya tulisan mereka dengan meniru. Belum bermula lagi bicara Nukilan Kehidupan untuk hari ini, aku suka menulis mungkin kerana terlalu banyak yang aku simpan dalam diri, aku suka bersendiri kerana aku takut dengan Diri (yang dimaksudkan Diri ialah Yang mencipta), aku lemah tapi aku ada Dia, aku kurang selalu Dia cukupkan, Tuhan aku bersyukur kerana Engkau sentiasa disisi, aku berjalan dalam hidup tetapi aku tidak akan sampai kedestinasi itu melainkan aku

Incase

 " Incase  is not the same as  the phrase “in case .”  Incase  is a spelling variant of the verb  encase  and means ‘ to enclose ’ or ‘cover.’ The phrase “ in case ” is a conjunction or adverb that introduces a condition, supposition, or stipulation."(sources - https://thewordcounter.com/incase-or-in-case/)

2021

Alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk menulis dalam blog, lama tinggalkan penulisan walau tidak hebat dalam penulisan namun masih juga aku nukilkan hasil pemikiran ku dalam bentuk penceritaan yang sememangnya mudah untuk difahami. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan seluruh Alam, tidak kira yang ada di lautan, daratan dan juga langit, hanya DIA yang maha kuasa, dalam kecintaan kita sebagai makhluk dia juga yang maha Pengampun segala kesalahan yang kita lakukan. 2021 - enam tahun kita bersama, di kurniakan nikmat anak 3 bakal menimang cahaya mata ke-4 bulan marikh ini, kehidupan dan nikmat yg Allah kurniakan kepada kita bersifat sempurna tiada kurangnya, nikmat sabar telah pun Dia tunjuk, nikmat susah itu indah, nikmat senang juga Indah. Terima kasih di atas nikmat ini Allah. Banyak perkara yang jika kita teliti telah di salah tafsir oleh golongan muda yang terasnya bermula dari kita sendiri. Jika tidak kerana akar jangan disalahkan umbi yang rosak. mungkin kita sering me

HIdup Kita Siri 3

Kisah kehidupan hanya untuk tatapan masa hadapan , dan aku menulis untuk diri ku dan kamu yang membaca cerita ku, dalam dunia ini kita tak pernah dituntut untuk mencari kekayaan semata-mata, kerana akhirat itu yang abadi. Hidup itu singkat, kadang-kadang cemburu aku lihat kawan-kawan sebaya aku telah mendirikan rumah tangga, tapi itu semua rezeki, setiap perbuatan dan kisah hidup kita adalah ketentuannya, dan jodoh itu memang ada untuk kita, dia akan datang dan hanya waktu@masa sahaja yang kita tunggu.   Biru tenang setenang air di lautan biru, seluas langit yang biru apabila siang, dan setenang hati hambanya yang berzikir kepada allah. Si dia suka warna biru sampai terjebak aku dengan warna biru, Batu saphire berbentuk hati, hadiah pertama aku beri, masa tu first time aku ke cameron highlands dengan si dia, Kenapa bentuk hati sebab aku nak dia belajar untuk jaga hati dia, supaya dia boleh terima aku seadanya, supaya hatinya selalu cintakan tuhan yang mencipta ku untuk nya, sup

Nukilan satu

 Hidup adalah anugerah, yang diberi sebagai ujian dariNya kepada hamba. Siapa yang mengetahui rahsia hidup pasti gembira jika melalui nya pada jalan yang dikehendaki oleh Nya. Setiap hari aku melihat manusia mengejar cita-cita dengan tujuan yang satu untuk melalui ujian dunia dengan mudah tanpa perlu merasa susah ketika hidup sebelum bertemu Pencipta, ada pelbagai rupa dan cara kita gunakan untuk menempuh kehidupan. Berbeza pendapat dan cara mencorak kehidupan yang sebenarnya berpaksikan kepada kelahiran dan kematian yang pasti dan akhirnya bertemu di kehidupan yang hakiki. Namun ramai yang tersasar dari asas yang di terjemahkan kepada kita ada juga yang tersalah terjemah menjadi terlalu taksub sehingga tidak sedar akan daratan yang dipijak hanya sementara. Mengumpul adalah matlamat setiap manusia dari segala benda sehingga ilmu juga di kumpul menjadi panduan untuk melalui setiap ujian.  Ketika aku mencari laluan yang singkat ini pelbagai karenah dan cara yang aku lihat setiap dari kit