Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

JALAN

JaLan terus nampak tak nampak, bila aku bergerak perlahan kelihatan mata-mata merah memerhati ke arah ku tanpa berkata apa- apa, bila aku lihat mereka marak bagai api membakar kayu di dalam unggun api yang akhirnya padam, aku mula bergerak perlahan-lahan supaya tidak lagi aku sesali perjalanan ini. Terus kehadapan, berundur tidak sekali, kadang kiri sesekali kanan, tujuan tanpa halangan untuk mengelak pelbagai halangan. Erti tujuan jalan lurus hanya di lindungi oleh dinding- dinding nipis yang mungkin mampu untuk aku lalui, hanya perlu sedikit ketahanan untuk melaluinya, bukan mengeluh atau mengenang sesuatu yang tidak mungkin aku dapat, namun bukan juga menagih segala simpati yang ada dalam hidup. Jalan itu masih ku susuri, hanya satu matlamat akhir. Bila masa? itu bukan yang pasti, hanya menanti panggilan ilahi. Jalan itu bukan yang kiri, adakala perlu ke kiri, hanya berbekal ilmu yang kerdil, aku harus terus ke hadapan. Jalan itu sentiasa berubah, di turap lagi tanpa di gali,

HIDUP ATAU KEHIDUPAN

Assalamualaikum, hari-hari kena buat pilihan, dan dalam pilihan itu ada pilihan yang lebih baik, dalam pilihan yang baik itu ada pula yang mengatakan pilih lah yang terbaik, sampai yang terbaik pun ada lagi yang lebih baik. Senang kalau kita cakap, tetapi kenyataan yang nyata mamang susah untuk dapat sampai ke tahap lebih baik, kita hanya boleh berusaha untuk ke arah itu kerana hanya DIA sahaja yang akan tetapkan yang kita akan sampai atau tidak ke matlamat tadi. Aku tidak mahu salah kan sesiapa sebab sememang nya aku banyak buat kesalahan. TERLALU banyak, dan sebab nya kerana aku manusia, aku memang tidak akan dapat jadi yang sempurna cukup sekadar hampir ke arah itu. Penting kan diri adalah sifat yang mulia. Betul Kah?? jangan kata kita tak pernah penting kan diri. Sebab itu adalah kehidupan atau lumrah manusia, kalau nak bilang ikut data statistik mungkin kebarangkalian untuk manusia yang tidak penting diri ada -10% (tak de siapa yang atas dunia ini tak pernah pentingkan diri kecua