Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

HIdup Kita Siri 3

Kisah kehidupan hanya untuk tatapan masa hadapan , dan aku menulis untuk diri ku dan kamu yang membaca cerita ku, dalam dunia ini kita tak pernah dituntut untuk mencari kekayaan semata-mata, kerana akhirat itu yang abadi. Hidup itu singkat, kadang-kadang cemburu aku lihat kawan-kawan sebaya aku telah mendirikan rumah tangga, tapi itu semua rezeki, setiap perbuatan dan kisah hidup kita adalah ketentuannya, dan jodoh itu memang ada untuk kita, dia akan datang dan hanya waktu@masa sahaja yang kita tunggu.   Biru tenang setenang air di lautan biru, seluas langit yang biru apabila siang, dan setenang hati hambanya yang berzikir kepada allah. Si dia suka warna biru sampai terjebak aku dengan warna biru, Batu saphire berbentuk hati, hadiah pertama aku beri, masa tu first time aku ke cameron highlands dengan si dia, Kenapa bentuk hati sebab aku nak dia belajar untuk jaga hati dia, supaya dia boleh terima aku seadanya, supaya hatinya selalu cintakan tuhan yang mencipta ku untuk nya, sup

Nukilan satu

 Hidup adalah anugerah, yang diberi sebagai ujian dariNya kepada hamba. Siapa yang mengetahui rahsia hidup pasti gembira jika melalui nya pada jalan yang dikehendaki oleh Nya. Setiap hari aku melihat manusia mengejar cita-cita dengan tujuan yang satu untuk melalui ujian dunia dengan mudah tanpa perlu merasa susah ketika hidup sebelum bertemu Pencipta, ada pelbagai rupa dan cara kita gunakan untuk menempuh kehidupan. Berbeza pendapat dan cara mencorak kehidupan yang sebenarnya berpaksikan kepada kelahiran dan kematian yang pasti dan akhirnya bertemu di kehidupan yang hakiki. Namun ramai yang tersasar dari asas yang di terjemahkan kepada kita ada juga yang tersalah terjemah menjadi terlalu taksub sehingga tidak sedar akan daratan yang dipijak hanya sementara. Mengumpul adalah matlamat setiap manusia dari segala benda sehingga ilmu juga di kumpul menjadi panduan untuk melalui setiap ujian.  Ketika aku mencari laluan yang singkat ini pelbagai karenah dan cara yang aku lihat setiap dari kit