Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks

Dunia

Cerita Dunia, bukan cerita biasa yang di cipta dengan akal atau buku(ilmu), yang pasti ia adalah perjalanan yang di pilih oleh setiap individu. Walau apa jalan pun yang di lalui oleh setiap insan kepastian yang nyata ialah mencari halatuju di dalam pelayaran kehidupan. Kisah Dunia penuh dengan Khabar duka dan suka, dan yang pasti semua insan pasti melalui detik tersebut, kerana ia adalah pilihan yang insan sendiri memilih tiada yang memaksa untuk insan suka dan duka. Hanya cerita itu telah tertulis didalam jalan Dunia. Nukilan Dunia, hasilnya kepada emosi suka dan duka, lahir sifat dalam diri insan kebaikan Dan kejahatan itu juga pilihan. Tiada keterpaksaan kerana setiap perjalanan telah ada arahannya. Nyata dalam bayang yang sentiasa menghantui setiap sisi dalam perjalanan dunia. Indah tanpa ada yang mengetahui isi hari esok, menjadi misteri Nya.  Keagungan Dunia, boleh menyebabkan diri itu leka setiap keasyikan yang menipu pandangan insan yang terleka walau berilmu, nafsu akal yang t