Skip to main content

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eksperimen keatas diri ku, berkenaan dengan hidup, dan yang pasti eksperimen ini akan berterusan sehingga aku menghembus nafas terakhir. dari pra-sekolah hingga ke peringkat universiti pelbagai karenah dan ragam manusia yang aku lihat kadang-kadang terfikir untuk menegur tapi itu bukan tujuaan hidup ku kerana jalan setiap insan telah pun di tentukan oleh pencipta, dan hari ini aku catatkan kembali peristiwa 2014 yang telah aku lalui untuk tatapan semua, yang pasti banyak rehat dari kerja keras.

JANUARI 2014, syarikat ku masih utuh berjalan dengan lancar dan aku sering mengikuti orang-orang hebat untuk mempelajari selok belok dunia perniagaan, dari segi penyampaian mungkin tiada masalah tapi dari segi sumber kewangan dengan kenaikan harga barang munkin menyukarkan ku, budget untuk syarikat tidak dapat di sempurnakan kerana rakan kongsi seakan-akan ambil mudah segala yang bakal berlaku, yang aku pasti tahun ini harga minyak barang akan naik lagi tinggi, bila dan dari tarikh 1 januari 2014, aku sudah tahu ini merupakan tahun talian hayat untuk syarikat yang baru aku tubuhkan pada julai 2013, projek kutipan hutang seperti yang di jangka akan memberi keuntungan sebayak 500mil masih belum menjadi kenyataan, tindakan untuk teruskan hidup hanya dengan mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi Executive di koperasi TNB, berbekal kan pengalaman yang agak nipis aku di letak kan di bawah ketua yang nama lebih kurang sama dengan aku, hidup di teruskan dengan menjayakan beberapa projek seperti Anual General Meeting KOpersi di pulau langkawi, Pembahagian Dividen bagi tahun 2013, program kad kilat, program lelongan barang elektrik, dan pelbagai lagi program, dalam masa dua bulan di sini aku amat teruja dengan kemampuan ku.

FEBUARI 2014 permulaan kisah mati sebelum mati, aku di nasihatkan untuk berhenti dari koperasi oleh bebberapa orang dan rakan kongsi ku berjanji akan berkerja keras untuk tahun ini, tapi sekali lagi selepas aku berhenti hujung febuari, terkilan dengan dugaan baru yang kami hadapi Projek MIFF green islamic cleaning hanya dogeng, dan segala kos kerugian kami tanggung sendiri, wow, ku cuba lagi, untuk bangun, bantuan dari sahabat di koperasi tnb banyak membantu ku menyelesaikan krisis kewangan tapi semua nya hanya di telan oleh syarikat aku sendiri, hebat permainan syarikat dan undang-undang ciptaan manusia, di katakan menang sekata tapi realiti berat sebelah adalah keputusan akhir, 

MAC 2014, gila dan memang kerja gila sebab hutang terkumpul untuk setiap bulan bernilai lebih dari 90,000 ribu dan akan bergerak sekata sehingga hujung tahun graf tak akan turun, tapi jumlah pendapatan tidak pasti, kejutan ketiga untuk tahun ini dugaan tuhan projek bat mengalami masalah, selesai dengan tidak cantik perbalahan antara pengarah berlaku, bukan permainan biasa di sebabkan tiada persefahaman, seronok akhirnya aku akur, biarkan dan redha dengan rezeki tuhan, kembali seperti asal, agak sukar untuk di terima, yang pasti belum gagal lagi, 

P.S. sedih gila nak tulis dan muhasabah diri aku pada tahun ini, sehingga hari ini 23 disember baki akaun hanya tinggal RM10. 

April 2014, seperti mati hidup semula dan kemudian mati kembali, banyak bantuan yang aku terima, khidmat nasihat percuma, dan juga dorongan dari keluarga. terima kasih semua, Buat Sayang ku terima kasih sebab jadi semangat buat ku, 

semua pasti tahu pengalaman mati sebelum mati, pengalaman yang pasti kita lalui iaitu tekanan, tekanan dengan apa yang kita panggil hidup, pelik tapi benar, hidup ini singkat, sesingkat masa yang diberikan kepada kita untuk menjawab seribu satu pertanyaan tentang kehidupan. Renung kembali kejayaan yang di kecapi pada ta

Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

HIDUP KITA (siri 1)

Hi dup Kita, Alhamdulillah  dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong.  kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya.  Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran. al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mer...