Skip to main content

HIDUP KITA (siri 1)

Hidup Kita, Alhamdulillah dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong. 

kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya. 
Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran.

al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mereka, yang dara melihat si teruna dari jauh, dan teruna tidak pernah tahu dia di perhatikan oleh dara. Kisah bermula tanggal 21 bulan oktober, apabila nota di terima ketika teruna sedang bersedih kerana kesunyian, nota yang maya tidak ada fizikal diterima melalui ruang sosial yang menjadi 'ikutan muda'. Dara menggunakan rakan nya sebagai pengantara memberitahu kepada teruna bahawa teruna di minati oleh seseorang, teruna hanya melayan kan karenah si dara maya,bukan kerana terpaksa tapi pada awalnya menjaga hati, 'kejam nye si teruna'. Menjadi lumrah teruna apabila di tegur menyahut dengan sopan, perkenalan yang bermula sekadar bersahaja semakin rancak, teruna masih ragu-ragu, dalam beribu manusia kenapa dia, bila fikirkan secara logik jawapan pasti tidak tepat, namun persoalan itu Hanya Dia yang tahu, 'ketentuan ilahi' ada hikmah di sebalik yang berlaku, titik pertemuan di atur, bukit hulu langat menjadi destinasi, kerana suasana, dan landskap yang indah menjadi santapan mata, dari daerah gombak hingga ke daerah cheras di lihat dengan jelas, malam itu sungguh indah kerana awan tidak menutupi langit gelap yang bertemankan bintang, neon cahaya bagai sinaran sang bintang berkelip dengan indah.

Dara malu kerana 'perigi mencari timba' tapi teruna bijak menyusun langkah, pandangan pertama teruna sudah terpegun, bukan kerana luaran tapi rahsia di sebalik ciptaan Allah SWT, tapi perancangan perlu tepat supaya pisang tidak berbuah dua kali, Destinasi seperti satu perjalan yang jauh. Bagai menaiki sampan di lautan yang luas, ribut dan bayu malam di redah bersama untuk memastikan matlamat yang di kejar sampai dengan selamat. Sejarah teruna penuh dengan titik hitam, seringkali teruna kecundang dalam medan yang sementara ini, pelbagai kenangan telah di lalui, walaupun hanya dirinya yang tahu akan apa yang hendak di kecapi. Hadir dara membawa makna, makna yang amat besar setelah beberapa kali kecewa dengan permainan dunia, tuhan menguji hamba nya hanya dengan dugaan yang hambanya mampu tempuhi, Dara banyak memberi semangat dan dorongan untuk teruna terus hidup, bagi teruna dalam dunia ini ibarat 'casting' untuk kehidupan mutlak, yang berjaya akan ke syurga yang gagal masuk tapisan di neraka dahulu.

sambung siri 2

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

NUKILAN KU

A ssalamualaikum dan salam sejahtera, nukilan ku akan berubah mulai saat ini tiada lagi omongan tentang diri ku, cuma aku cuba membangunkan metafora dan gaya bahasa yang lebih jitu. Hebat kalau berterusan saya boleh menghiasi baris kata bahasa dan bicara selembut sutera china. Indah madah tidak bermakna saya bijak berbicara, mungkin aku akan mencuba menggunakan abjad jawi supaya tamadun melayu itu tidak lenyap di mamah penjajah, walaupun secara am nya dapat di fikirkan secara logik bangsa melayu menggunakan tulisan arab dan mencipta gaya tulisan mereka dengan meniru. Belum bermula lagi bicara Nukilan Kehidupan untuk hari ini, aku suka menulis mungkin kerana terlalu banyak yang aku simpan dalam diri, aku suka bersendiri kerana aku takut dengan Diri (yang dimaksudkan Diri ialah Yang mencipta), aku lemah tapi aku ada Dia, aku kurang selalu Dia cukupkan, Tuhan aku bersyukur kerana Engkau sentiasa disisi, aku berjalan dalam hidup tetapi aku tidak akan sampai kedestinasi itu melainkan aku ...

Sifat 20

 Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda: مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ Maksudnya: “Sesiapa yang kenal dirinya maka dia telah mengenal Allah”. Pendapat Ulama Berkaitan Hadith Ini Antara pendapat para ulama’ berkaitan hadith ini: Imam al-Saghani menyatakan ia bukan daripada Rasulullah SAW. [Lihat: al-Maudhu’at, 35] Imam al-Suyuthi mengatakan hadith ini bathil dan tidak sahih. [Lihat: al-Tadrib al-Rawi, 2/167] Imam al-Zurqani mengatakan ia bukan hadith. [Lihat: Mukhtasar al-Maqasid, 1052] Syeikh Mulla Ali al-Qari menilai hadith ini sebagai tiada asal baginya. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 337] Akan tetapi di dalam nas ilahi, Allah SWT menuntut hamba-hambanya untuk sentiasa melihat dan berfikir dengan apa yang terdapat pada diri mereka. Ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah SWT: وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ Maksudnya: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”. [al-Zariyat:21] Menurut Im...