Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

HIDUP KITA (Siri 2)

Assalamualaikum, Pembuka kata/bicara/tulisan. Imbas kembali kenangan-kenangan indah anugerah allah, tak pernah terfikir, tergerak di fikiran dan hati untuk mempunyai pasangan seperti KAMU.  Sampai sekarang hanya bersyukur kepada allah di kurniakan kamu/ dicipta kamu untuk AKU, terima kasih tuhan  Limpahan rahmat dan rezeki yang di kurniakan kepada aku, bersyukur aku di kurnia kan dia yang amat memahami, s emua nya atas kehendak mu ALLAH, maha agung atas segalanya, bila aku lihat kembali kenangan lalu kadang-kadang rasa tersentuh bersyukur kepada allah, permintaan itu hanya allah yang tahu. Teringat aktiviti mendaki @ekspedisi mendaki bukit tabur, acara dan aktiviti yang pertama aku kenal Dia, 'senior vs Junior' habis semua kena tipu dengan aku, "bila nak sampai ni along" along-panggilan aku di UNIKL BUSINESS SCHOOL, "depan tu je, lagi lima minit kita sampai puncak". Selepas 2 jam baru la sampai, gelisah siap ada yang muntah. tapi dia hanya diam dan berj

Peperangan

aku hanya aku, dicipta untuk menilai sesuatu yang boleh di nilai, agama itu indah, seindah tuhan yang menciptanya. kadang-kala terfikir oleh ku tentang kebodohan seluruh manusia, terutama dari segi peperangan, catatan pertama pembunuhan manusia adalah peristiwa habil dan Qabil, anak kepada Nabi Allah Adam A.S, atas dasar perasaan cemburu yang timbul daripada hasutan nafsu, Ya Allah lindungilah kata-kata ku ini. Dunia akhir zaman, peristiwa yang agaknya telah di manipulasi oleh tentera dajjal, peperangan di sana-sini. Tidak faham aku akan kebodohan manusia, penulisan ku memang kasar, ini adalah untuk kebaikan kita bersama. Soalan ku kepada diri sendiri adalah kenapa? dan jawapan ku adalah kita (manusia) bodoh sebab mencampur kan pemikiran akal dengan nafsu, sedangkan Tuhan kurniakan kita akal untuk mengawal sang nafsu, dan telah di beritahu bahawa musuh manusia itu adalah nafsu mereka sendiri. Mungkin masih belum jelas apa yang cuba aku sampaikan, mungkin terlalu sedikit penggunaan dan

HIDUP KITA (siri 1)

Hi dup Kita, Alhamdulillah  dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong.  kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya.  Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran. al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mereka, y