Skip to main content

HIDUP KITA (Siri 2)

Assalamualaikum, Pembuka kata/bicara/tulisan. Imbas kembali kenangan-kenangan indah anugerah allah, tak pernah terfikir, tergerak di fikiran dan hati untuk mempunyai pasangan seperti KAMU. 


Sampai sekarang hanya bersyukur kepada allah di kurniakan kamu/ dicipta kamu untuk AKU, terima kasih tuhan Limpahan rahmat dan rezeki yang di kurniakan kepada aku, bersyukur aku di kurnia kan dia yang amat memahami, semua nya atas kehendak mu ALLAH, maha agung atas segalanya, bila aku lihat kembali kenangan lalu kadang-kadang rasa tersentuh bersyukur kepada allah, permintaan itu hanya allah yang tahu. Teringat aktiviti mendaki @ekspedisi mendaki bukit tabur, acara dan aktiviti yang pertama aku kenal Dia, 'senior vs Junior' habis semua kena tipu dengan aku, "bila nak sampai ni along" along-panggilan aku di UNIKL BUSINESS SCHOOL, "depan tu je, lagi lima minit kita sampai puncak". Selepas 2 jam baru la sampai, gelisah siap ada yang muntah. tapi dia hanya diam dan berjalan, sabar, aku awalnya tak berani nak ganggu dia sebab nampak macam pendiam, tapi hakikatnya (periang yang besifat diam). Tapi perasaan itu muncul pertama kali aku lihat dia, muncul bila aku jadi orang terakhir jalan belakang sekali "sweeper" kata nye. tak tahu la pulak aku yang sebenarnya aku memang dah si intip oleh dia lagi lama dari aku jumpa dia time dekat bukit tabur, event berjalan dengan lancar, alhamdulillah semua selamat sampai dan selamat turun. Tapi lepas tu aku tak nampak dah kelibat dia, huhuhu... insyallah kalau ada jodoh jumpa lagi. 

Beberapa bulan kemudian aku dah mula sibuk, urusan perniagaan ku makin banyak, sampai tak sempat nak naik gunung lagi, oleh yang demikian aku ambil keputusan untuk berhenti naik gunung. Masa terluang aku pergi main golf tak hebat tapi boleh lah. Masa begitu mencemburui aku, aku ingat lagi masa tu bulan oktober 2013 aku secara sengaja buka facebook, dan secara kebetulan ada junior aku di UNIKL Business School "Private massage" tanya khabar dan kami berborak lama juga, akhirnya dia cakap ada seseorang kirim salam, aku pun balas salam orang tersebut, aku cakap aku tak kenal. Tapi Junior aku cakap orang itu kenal aku. Dalam keadaan sedar aku mintak la junior aku post kan gambar orang tersebut. Junior aku cakap dia memang dah lama minat pada aku. Puas jugak aku renung gambar tu, sebab seingat aku tak pernah pulak aku rapat dengan junior islamic finance, "Hurmm mungkin aku dah jadi seorang yang pelupa agaknya" (dalam hati cakap comel gambar orang yang minat aku ni). 


Kebetulan masa itu aku dah pun "single and available" aku pun ajak junior aku tu keluar. Seingat aku lah, aku bawak mereka ni pergi look out view point jalan nak ke hulu langat melalui jalan ampang, aku ambil mereka dekat rumah. Bila aku tengok betul-betul junior aku ini baru aku teringat yang memang aku pernah jumpa dia masa event dekat bukit tabur. Dari saat itu aku mula rapat dan selalu berhubung dengan dia. sekejap je aku kawan dengan Si Dia, sebab bila aku tahu dia suka dekat aku, dia yang mengorat aku, aku mula rasa sayang dekat dia. So bulan Mei 2014 mak dengan ayah aku pergi merisik dia. Sebab pengalaman banyak mengajar aku tentang kehidupan, cinta itu datang bila kita perlu, dan ia harus di akhiri dengan ikatan pernikahan, sebab kalau asyik bercinta tak akan ada kesudahannya, Alhamdulillah hari ini aku dan dia sudah hampir setahun dua bulan berkenalan, dan cerita selanjutnya aku sampai kan pada SIrI 3.. Sebelum aku tutup tirai aku nak share satu video dulu


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

Dunia

Cerita Dunia, bukan cerita biasa yang di cipta dengan akal atau buku(ilmu), yang pasti ia adalah perjalanan yang di pilih oleh setiap individu. Walau apa jalan pun yang di lalui oleh setiap insan kepastian yang nyata ialah mencari halatuju di dalam pelayaran kehidupan. Kisah Dunia penuh dengan Khabar duka dan suka, dan yang pasti semua insan pasti melalui detik tersebut, kerana ia adalah pilihan yang insan sendiri memilih tiada yang memaksa untuk insan suka dan duka. Hanya cerita itu telah tertulis didalam jalan Dunia. Nukilan Dunia, hasilnya kepada emosi suka dan duka, lahir sifat dalam diri insan kebaikan Dan kejahatan itu juga pilihan. Tiada keterpaksaan kerana setiap perjalanan telah ada arahannya. Nyata dalam bayang yang sentiasa menghantui setiap sisi dalam perjalanan dunia. Indah tanpa ada yang mengetahui isi hari esok, menjadi misteri Nya.  Keagungan Dunia, boleh menyebabkan diri itu leka setiap keasyikan yang menipu pandangan insan yang terleka walau berilmu, nafsu akal ya...