Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

kebenaran, ketakutan, kelemahan

Sejarah/history, satu perkataan yang semua rakyat malaysia atau dunia mengetahui maksud perkataan ini. namun tidak semua faham apa yang cuba di sampaikan oleh kaum terdahulu untuk kita di zaman ini. Hari ini aku tersenyum sendirian mengetahui apa yang ilham ku satu ketika dulu adalah benar, pendapatku tentang wujud nya setiap negara adalah benar. Sesebuah negara itu mempunyai pelbagai jenis bangsa dan budaya, begitu juga dengan perbezaan adat. Malaysia, indonesia dan juga negara-negara di dunia mempunyai adat yang berbeza tapi nukilan ku kali ini bukan mengkaji tentang adat atau negara ia lebih terperinci atau memfokus kepada kebodohan seluruh umat manusia diatas sistem yang kita sendiri cipta. Sistem peradaban yang kita sendiri sebenarnya kurang pasti apa tujuan di wujudkan sistem tersebut. Adakah ia berteraskan kepada apa yang di sampaikan oleh Yang mencipta Kita, Tuhan sekalian makhluk, Allah SWT, atau berteraskan kepada pemikiran manusia itu sendiri, sedar lah wahai manusia kita s