Skip to main content

kebenaran, ketakutan, kelemahan

Sejarah/history, satu perkataan yang semua rakyat malaysia atau dunia mengetahui maksud perkataan ini. namun tidak semua faham apa yang cuba di sampaikan oleh kaum terdahulu untuk kita di zaman ini. Hari ini aku tersenyum sendirian mengetahui apa yang ilham ku satu ketika dulu adalah benar, pendapatku tentang wujud nya setiap negara adalah benar. Sesebuah negara itu mempunyai pelbagai jenis bangsa dan budaya, begitu juga dengan perbezaan adat. Malaysia, indonesia dan juga negara-negara di dunia mempunyai adat yang berbeza tapi nukilan ku kali ini bukan mengkaji tentang adat atau negara ia lebih terperinci atau memfokus kepada kebodohan seluruh umat manusia diatas sistem yang kita sendiri cipta. Sistem peradaban yang kita sendiri sebenarnya kurang pasti apa tujuan di wujudkan sistem tersebut. Adakah ia berteraskan kepada apa yang di sampaikan oleh Yang mencipta Kita, Tuhan sekalian makhluk, Allah SWT, atau berteraskan kepada pemikiran manusia itu sendiri, sedar lah wahai manusia kita semua hanya lah boneka pinjaman tuhan untuk berbuat baik keatas dunia berteraskan landasan dan rujukan yang telah di kurnia kan kepada Nabi Muhammad, nabi akhir zaman yang di utuskan untuk kita. Rakyat masih ramai yang tidak mengetahui kenapa yang kaya akan tetap kaya yang miskin akan terus di rudung malang, "Tidak kah kalian sedar akan kewujudan sistem yang meyebabkan kita masih menjadi hamba, walaupun sistem perhambaan telah di runtuhkan sejak zaman khalifah. Pernah kah kita berfikir tentang itu, benteras rasuah.... benteras rasuhan namun yang di benteras hanya luaran kerana kita masih miskin, iya miskin dengan kefahaman terhadap peradaban sistem ciptaan manusia. Sedar.... Sedar.... dan terus sedar, kenapa hari ini kita semua harus membayar lebih kerana cintakan negara. Sejarah lah yang menetapkan kita semua di tempat ini, hidup berpuak-puak, antara cina, india, melayu, dan bangsa-bangsa lain. Tidak kah kita ingat kenapa Para Rasul dan Para Nabi berhijrah, bukan memperjuangkan negara mereka tetapi untuk memperjuangkan agama dalam erti kata lain memperjuangkan apa yang Allah arahkan kita buat. Kita kaji Al-quran, kita kaji Al-kitab. kita kaji kesan peninggalan silam, namun kita tidak pernah mendalami dan memahami apa yang cuba di sampaikan cukup sekadar ikut, hanya ikut apa yang telah ditujukkan. 

Hari ini aku rasa bangga menulis biar hanya untuk tatapan diri ku, jika ada yang mempertikaikan ia akan cuma ku balas dengan senyuman, kenapa ini pandangan ku, dan tidak salah jika ini ilham yang ikhlas aku terrbitkan, keluarkan dan kogsikan apa yang ku fikirkan, sedangkan penciptaan mesin tiada yang pertikaikan, kewujudan ubat-ubatan tidak pernah ada yang mempersoalkan, penggunaan mata wang yang menyebabkan manusia menjadi tamak tidak pernah ada yang membangkang. Sedangkah adakah sama nilai sepapan telur dengan kertas yang telah di potong mengikut ukuran tetentu dan bertinta dengan pena di letakan pada nya huruf atau angka. Fikirkan, apakah nilai manusia bukan pada maruah agama, tapi nilai manusia pada kertas. aku tidak menyatakan yang apa kita lalui ini sesuatu yang tidak patut kita lalui. tapi apa yang telah kulihat menyebabkan aku rasa sedih. Sedih melihat manusia, betul lah kata orang "yang lemah akan ditindas, yang kuat akan sentiasa di atas" dan seharusnya ayat ini di tambah pula dengan "yang cedik dan pandai akan terus meninggalkan kedua nya". Kenapa di sebabkan Akal.


Aku bukan bertujuaan untuk mewujudkan rusuhan, artikel ku bukan lah untuk mewujudkan perkauman. Tujuan utama ku biar kamu berfikir, jika benar semuanya dari Allah SWT, jika tidak benar jangan kau anggap aku salah kerana ini adalah tangapan ku kepada apa yang aku lihat. Zaman berubah kita masih di sini, apa lagi yang perlu kita fikir semua dah tersedia, tapi adakah kita bersedia. untuk menempuh zaman akan datang, teknologi semakin canggih. Ini aku kongsi kan video dari youtube yang aku rasa amat bermakna jika di fahami.

Kenapa bukan bangsa dari timur yang berkata begini, namun bukan lah bangsa menjadi ukuran buat kita. Ini soal "Manusia" Human, Dunia bukan hanya pada negara, kepada bangsa-bangsa yang mengatakan mereka hebat, sesungguh nya kita semua sama tiada perbezaan, tuhan jadikan kita berbeza-beza hanya untuk menguji keimanan kita, Nabi Muhammad berkata tentang umat ku bukan bangsa ku, tidak pernah beliau kata tentang bangsaku akan masuk ke syurga, Beliau sentiasa menyebut kan tentang umat ku. Tolong semua renungkan kembali apa yang kita telah lakukan. Susur galur kita bukan dari keturunan Nisnas, (http://totalupdate.blogspot.com/2012/10/nisnas-mystery-nation-on-earth-before.html), yang dikatakan hidup selepas zaman jin sebelum nabi adam di cipta dan di turunkan (http://zharifalimin.blogspot.com/2011/04/kehidupan-sebelum-nabi-adam-diturunkan.html). tapi kita tetap tidak sedar kerana apa kerana kita tidak memahami apa tujuan sebenar kehidupan, kita hanya berdebat kerana kuasa, sama seperti dinasti-dinasti china yang hancur kerana perebutan kuasa, masih juga kita contoh apa yang kita tahu salah.

Renungkan........

ketakutan itu memang ada dalam diri manusia, kerana takut kita beriman, kerana takut juga kita berperang, kerana takut juga kita bergenerasi.



Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

HIDUP KITA (siri 1)

Hi dup Kita, Alhamdulillah  dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong.  kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya.  Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran. al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mer...