Skip to main content

Peperangan

aku hanya aku, dicipta untuk menilai sesuatu yang boleh di nilai, agama itu indah, seindah tuhan yang menciptanya. kadang-kala terfikir oleh ku tentang kebodohan seluruh manusia, terutama dari segi peperangan, catatan pertama pembunuhan manusia adalah peristiwa habil dan Qabil, anak kepada Nabi Allah Adam A.S, atas dasar perasaan cemburu yang timbul daripada hasutan nafsu, Ya Allah lindungilah kata-kata ku ini. Dunia akhir zaman, peristiwa yang agaknya telah di manipulasi oleh tentera dajjal, peperangan di sana-sini. Tidak faham aku akan kebodohan manusia, penulisan ku memang kasar, ini adalah untuk kebaikan kita bersama. Soalan ku kepada diri sendiri adalah kenapa? dan jawapan ku adalah kita (manusia) bodoh sebab mencampur kan pemikiran akal dengan nafsu, sedangkan Tuhan kurniakan kita akal untuk mengawal sang nafsu, dan telah di beritahu bahawa musuh manusia itu adalah nafsu mereka sendiri. Mungkin masih belum jelas apa yang cuba aku sampaikan, mungkin terlalu sedikit penggunaan dan pengetahuan ku tentang bahasa.

Dunia semakin Kejam,
manusia semakin kejam,
lihat lah dunia akan peperangan,
darah yang mengalir ke tanah adalah darah saudara sendiri,
sedih ku lihat akan kekejaman,
berbunuhan tanpa ada pedoman,
kesedaran dalam kegelapan,
seperti cahaya hilang sinarnya.
Sedar hanya sementara sahaja,
insaf hanya hipokrasi sementara,
genjatan senjata hanya drama,
peperangan berlanjutan jua.


sudah berabad kita berperang, sesama manusia yang asalnya suci, tidak ada dendam atau dengki, tetapi kita tetap behasad, tidak mahu mengaku kalah, dan mangsa yang lemah menjadi mangsa kekejaman yang bodoh. Lihat lah dunia, bahawa diri kita di ambang kehancuran atas perbuatan kita sendiri, bukan sahaja dari segi peperangan, alam juga turut terancam. Sikap yang tamak selalu membawa kepada kemusnahan, sedang kita bertelagah tentang agama, sang api bertepuk tangan berpesta gembira, sedang kita bebunuhan sesama kita, sang pujangga api menulis kontarak untuk bersamanya, begitu lah kehebatan sang api seperti di ceritakan dalam kitab suci al-quran, masih lagi tidak kita sedar, bahawa kita dari ayah yang sama iaitu adam, dan kita dari ibu yang sama iaitu hawa, dan tempat kita adalah khalifah tertinggi di sisi Tuhan, dan sudah pun kita di beri amaran tentang tiba masanya bila fitnah-fitnah itu tersebar secara meluas menyebabkan pepecahan antara kita, masih lagi kita tidak sedar, Ya Allah kau ampuni lah kami, Kami yang merosakkan alam ciptaan dengan kemusnahan alam semula jadi dan juga peperangan Kau ampuni lah kami Ya Allah. Aku hanya insan biasa yang tahu berfikir mana yang baik dan mana buruk, apa yang buruk semua datang dari ku. mana yang baik semua dari allah.

Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

HIDUP KITA (siri 1)

Hi dup Kita, Alhamdulillah  dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong.  kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya.  Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran. al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mer...