Skip to main content

HIDUP KITA (siri 1)

Hidup Kita, Alhamdulillah dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong. 

kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya. 
Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran.

al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mereka, yang dara melihat si teruna dari jauh, dan teruna tidak pernah tahu dia di perhatikan oleh dara. Kisah bermula tanggal 21 bulan oktober, apabila nota di terima ketika teruna sedang bersedih kerana kesunyian, nota yang maya tidak ada fizikal diterima melalui ruang sosial yang menjadi 'ikutan muda'. Dara menggunakan rakan nya sebagai pengantara memberitahu kepada teruna bahawa teruna di minati oleh seseorang, teruna hanya melayan kan karenah si dara maya,bukan kerana terpaksa tapi pada awalnya menjaga hati, 'kejam nye si teruna'. Menjadi lumrah teruna apabila di tegur menyahut dengan sopan, perkenalan yang bermula sekadar bersahaja semakin rancak, teruna masih ragu-ragu, dalam beribu manusia kenapa dia, bila fikirkan secara logik jawapan pasti tidak tepat, namun persoalan itu Hanya Dia yang tahu, 'ketentuan ilahi' ada hikmah di sebalik yang berlaku, titik pertemuan di atur, bukit hulu langat menjadi destinasi, kerana suasana, dan landskap yang indah menjadi santapan mata, dari daerah gombak hingga ke daerah cheras di lihat dengan jelas, malam itu sungguh indah kerana awan tidak menutupi langit gelap yang bertemankan bintang, neon cahaya bagai sinaran sang bintang berkelip dengan indah.

Dara malu kerana 'perigi mencari timba' tapi teruna bijak menyusun langkah, pandangan pertama teruna sudah terpegun, bukan kerana luaran tapi rahsia di sebalik ciptaan Allah SWT, tapi perancangan perlu tepat supaya pisang tidak berbuah dua kali, Destinasi seperti satu perjalan yang jauh. Bagai menaiki sampan di lautan yang luas, ribut dan bayu malam di redah bersama untuk memastikan matlamat yang di kejar sampai dengan selamat. Sejarah teruna penuh dengan titik hitam, seringkali teruna kecundang dalam medan yang sementara ini, pelbagai kenangan telah di lalui, walaupun hanya dirinya yang tahu akan apa yang hendak di kecapi. Hadir dara membawa makna, makna yang amat besar setelah beberapa kali kecewa dengan permainan dunia, tuhan menguji hamba nya hanya dengan dugaan yang hambanya mampu tempuhi, Dara banyak memberi semangat dan dorongan untuk teruna terus hidup, bagi teruna dalam dunia ini ibarat 'casting' untuk kehidupan mutlak, yang berjaya akan ke syurga yang gagal masuk tapisan di neraka dahulu.

sambung siri 2

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...