Skip to main content

Dunia


Cerita Dunia, bukan cerita biasa yang di cipta dengan akal atau buku(ilmu), yang pasti ia adalah perjalanan yang di pilih oleh setiap individu. Walau apa jalan pun yang di lalui oleh setiap insan kepastian yang nyata ialah mencari halatuju di dalam pelayaran kehidupan.

Kisah Dunia penuh dengan Khabar duka dan suka, dan yang pasti semua insan pasti melalui detik tersebut, kerana ia adalah pilihan yang insan sendiri memilih tiada yang memaksa untuk insan suka dan duka. Hanya cerita itu telah tertulis didalam jalan Dunia.

Nukilan Dunia, hasilnya kepada emosi suka dan duka, lahir sifat dalam diri insan kebaikan Dan kejahatan itu juga pilihan. Tiada keterpaksaan kerana setiap perjalanan telah ada arahannya. Nyata dalam bayang yang sentiasa menghantui setiap sisi dalam perjalanan dunia. Indah tanpa ada yang mengetahui isi hari esok, menjadi misteri Nya. 

Keagungan Dunia, boleh menyebabkan diri itu leka setiap keasyikan yang menipu pandangan insan yang terleka walau berilmu, nafsu akal yang telah menjanjikan kemusnahan jika tidak di kawal, hanya permainan yang di cipta dalam imaginasi diri setiap yang berlaku adalah atas kehendak insan itu sendiri. jika ia bersifat baik maka baik, mahupun ada yang menginginkan keburukan maka buruk juga yang ia dapat. Walaupun pada akhirnya hanya Dia yang mengetahui segala apa yang berlaku (Wallahualam) Jika bergenang air mata darah, pasti belum dapat mengembalikan masa silam. Kisah lalu yang di jadikan sempadan dan tauladan untuk membantu dalam perjalanan hari ini.

Cerita Dunia, bersifat sementara tanpa ada yang kekal, sifat makhluk yang juga ada permulaan dan pengakhiran juga bersifat sementara walau pelbagai usaha yang dilakukan ia tetap sementara biarlah beribu insan yang lahir ke dunia yang ajal tiba tetap akan kembali kepada akhirat yang abadi. 

Kisah Dunia yang sementara di sediakan pelbagai ujian untuk menjadi halangan dalam diri insan, walau tidak memilih namun kehidupan itu tidak akan mendekati malah sentiasa menjauhi diri mu. Tanpa sedar ia pergi meninggalkan mu tepinga-pinga jika tidak bersedia untuk bertemuNya. 

Nukilan Dunia dihiasi dengan Agama, nukilan buat yang memahami dan mengerti setiap apa yang ada itu hanya ujian menentukan tahap kesetian makhluk kepada pencipta, telah pun Ia menunjukkan setiap apa perkara dan perbuatan yang perlu dan tidak, buruk dan baik, adap, ilmu, setiap nama yang di ajar adalah kerana Dia Maha mengasihani dan Maha penyayang. Tiada satu pun makhluk ciptaan nya di biarkan terkapai tanpa hala tuju.

Keagungan Dunia itu indah jika difahami dan di amati. Tiada yang Wujud melainkan Ia.


Nukilan Kehidupan

Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

HIDUP KITA (siri 1)

Hi dup Kita, Alhamdulillah  dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong.  kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya.  Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran. al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mer...