Skip to main content

Nukilan satu

 Hidup adalah anugerah, yang diberi sebagai ujian dariNya kepada hamba. Siapa yang mengetahui rahsia hidup pasti gembira jika melalui nya pada jalan yang dikehendaki oleh Nya. Setiap hari aku melihat manusia mengejar cita-cita dengan tujuan yang satu untuk melalui ujian dunia dengan mudah tanpa perlu merasa susah ketika hidup sebelum bertemu Pencipta, ada pelbagai rupa dan cara kita gunakan untuk menempuh kehidupan. Berbeza pendapat dan cara mencorak kehidupan yang sebenarnya berpaksikan kepada kelahiran dan kematian yang pasti dan akhirnya bertemu di kehidupan yang hakiki. Namun ramai yang tersasar dari asas yang di terjemahkan kepada kita ada juga yang tersalah terjemah menjadi terlalu taksub sehingga tidak sedar akan daratan yang dipijak hanya sementara. Mengumpul adalah matlamat setiap manusia dari segala benda sehingga ilmu juga di kumpul menjadi panduan untuk melalui setiap ujian. 

Ketika aku mencari laluan yang singkat ini pelbagai karenah dan cara yang aku lihat setiap dari kita mengunakan pelbagai cara mengatasi fizikal yang bersifat sementara tanpa memperdulikan insan lain, hanya mementingkan diri. Setiap dari kita telah pun di kawal selia oleh setiap sistem yang kita sendiri buat "tanpa kita sedari". Segala sistem yang kita cipta lebih bersifat memusnahkan apa yang ada dan telah pun kita ketahui setiap dari apa yang kita lakukan secara belebihan hanya membawa kepada kemusnahan. Setiap yang ku tulis datangnya dari Dia aku hanya menulis tanpa perlu memikirkan nya, ini ilham kurniaan Nya. Ku sampaikan tanpa pernah melihat sedalam mana asas yang perlu ku olah.

Pasti yang melihat nampak secara dalam, kerana setiap yang ada tidak pernah berlaku tanpa sebab dan semua telah pun menjadi ketentuan Nya. Ada yang ingkar sehingga hilang teras asas, menyatakan yang lain sesat ketika berkata. Pastinya setiap yang berlaku adalah kehendak insan itu sendiri. Insan semakin leka dengan apa yang mereka ada, sehingga terlepas pada pandangan mereka membiarkan insan lain meraba-raba tanpa tujuan dan ada yang tersedar namun membiarkan kesedaran itu pergi dengan sendiri tanpa mengendahkan kesan dari setiap perbuatan. Jari ku berhubung dengan nadiku menerima setiap arahan dari akal ku. Aku tetidur buat sekian lama namun aku pasti ia adalah permulaan kepada sesuatu yang indah bernama "Nukilan Kehidupan".

Ku ilham kan ia menjadi hadiah buat yang sudi membaca dan menjadi bahan, moga bertemu di satu masa di ketika tiada menjadi teman yang tidak nampak namun menjadi akrab. Singkat bicara tiada penulisan yang menjadi peneman dan hiburan yang menjadi minat buat diri, sudah menjadi separuh dari darah daging ku penulisan merupakan keturunan ku, cuma tiada lah ia di gilap menjadi permata yang bernilai. Ini permulaan yang ku lakukan, kucuba menulis supaya ia menjadi hidangan buat yang mencari.

Dalam diri tersembunyi nilai, yang kita bina tanpa mengira apakah yang kita ada, dari luar kelihatan hebat bukan lah hanya sekadar jasad yang tiada rohnya seperti boneka kosong yang tiada upayanya menjalankan apa-apa, di satu kan jiwa bersama jasad supaya ia dapat belajar, untuk menyimpan bekalnya yang mungkin sedikit akibat cubaan yang tidak dapat dia elakkan. Terkadang termenung ketika sedar, namun ku sulam ia dengan kesabaran, supaya ia tiada lah dapat menhanglang perantaraan 



Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

HIDUP KITA (siri 1)

Hi dup Kita, Alhamdulillah  dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong.  kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya.  Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran. al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mer...