Skip to main content

HIDUP ATAU KEHIDUPAN

Assalamualaikum, hari-hari kena buat pilihan, dan dalam pilihan itu ada pilihan yang lebih baik, dalam pilihan yang baik itu ada pula yang mengatakan pilih lah yang terbaik, sampai yang terbaik pun ada lagi yang lebih baik. Senang kalau kita cakap, tetapi kenyataan yang nyata mamang susah untuk dapat sampai ke tahap lebih baik, kita hanya boleh berusaha untuk ke arah itu kerana hanya DIA sahaja yang akan tetapkan yang kita akan sampai atau tidak ke matlamat tadi. Aku tidak mahu salah kan sesiapa sebab sememang nya aku banyak buat kesalahan. TERLALU banyak, dan sebab nya kerana aku manusia, aku memang tidak akan dapat jadi yang sempurna cukup sekadar hampir ke arah itu. Penting kan diri adalah sifat yang mulia. Betul Kah?? jangan kata kita tak pernah penting kan diri. Sebab itu adalah kehidupan atau lumrah manusia, kalau nak bilang ikut data statistik mungkin kebarangkalian untuk manusia yang tidak penting diri ada -10% (tak de siapa yang atas dunia ini tak pernah pentingkan diri kecuali nabi dan rasulnya, wallahualam)

Ok sebelum aku bawak kita semua berimaginasi tentang kehidupan di dunia aku nak semua faham bahawa teras penulisan ku berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian aku semata-mata, (THE beautiful mind). Sebab aku nak semua faham yang aku tak suka untuk copy and paste artikel orang lain dan ubah suai hasil nukilan individu lain kerana bagi aku itu salah. Akta pelindungan Hak Cipta. so kalau boleh terima gaya penulisan baru ku yang mungkin kelihatan serabut dan tiada hala tuju, boleh la baca artikel lain dahulu. 

Kehidupan, adalah cara kita membentuk diri dalam tempoh masa dari lahir hingg mati. Secara khususnya kita di beri tempoh masa 24 jam sehari untuk melaku kan aktiviti siang, kalau kita gunakan matematik adakah kita telah menggunakan masa di beri dengan betul, adakah kita telah bahagikan masa kita dengan sempurna?.

Aku hidup dalam kehidupan,
Aku pergi meninggalkan hidup,
Aku belajar dengan kehidupan,
Aku bertindak dalam hidup,

Aku mencari dalam kehidupan,
Aku jumpa akan hidup,
Aku seronok dengan kehidupan,
Aku bersyukur kerana hidup.

Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

HIDUP KITA (siri 1)

Hi dup Kita, Alhamdulillah  dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong.  kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya.  Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran. al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mer...