Skip to main content

2021

Alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk menulis dalam blog, lama tinggalkan penulisan walau tidak hebat dalam penulisan namun masih juga aku nukilkan hasil pemikiran ku dalam bentuk penceritaan yang sememangnya mudah untuk difahami. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan seluruh Alam, tidak kira yang ada di lautan, daratan dan juga langit, hanya DIA yang maha kuasa, dalam kecintaan kita sebagai makhluk dia juga yang maha Pengampun segala kesalahan yang kita lakukan.


2021 - enam tahun kita bersama, di kurniakan nikmat anak 3 bakal menimang cahaya mata ke-4 bulan marikh ini, kehidupan dan nikmat yg Allah kurniakan kepada kita bersifat sempurna tiada kurangnya, nikmat sabar telah pun Dia tunjuk, nikmat susah itu indah, nikmat senang juga Indah. Terima kasih di atas nikmat ini Allah. Banyak perkara yang jika kita teliti telah di salah tafsir oleh golongan muda yang terasnya bermula dari kita sendiri. Jika tidak kerana akar jangan disalahkan umbi yang rosak. mungkin kita sering menuding jari menyalahkan orang lain dan ini merupakan kaedah normal manusia atau tindak tanduk normal kerana ego anugerah yang Maha Esa (segala yang di dunia termasuk sifat kita adalah kehendak Nya), namun pemilihan baik atau buruk sesuatu perkara itu di nilai oleh kita sendiri, dan akal kita yang akan bertindak di atas kemahuan diri, jadi istilah mereka salah mungkin dapat di sangkal jika kita memikirkan segala perkara bermula dari kita, sebagai contoh jika kita mahu berjaya dunia dan akhirat nescaya kita mencari ilmu di dunia dan akhirat seterusnya kita mengamalkan ilmu tersebut, seperti yang saya nyatakan semua itu bergantung kepada kehendak Nya, jika belum masa pasti tidak ia akan sampai hanya usaha dan tawakal sebagai perbuatan untuk kita mendapatkan nya. Menilai kepada aspek pemikiran normal manusia berkenaan kejayaan, bagi ku ia terletak kepada usaha kita meminta dan bergerak kepadanya, di luar sana ramai pakar-pakar sering menyatakan jika kita meminta kita pasti dapat, bagiku ini benar, kerana Dia maha mendengar dan mengetahui isi hati hambanya. Jadi sebagai hamba kita terus kan meminta dengan pencipta, yang pasti meminta dengan menjalankan amanah yang telah di tetapkan. 

Ramai yang meminta tetapi pada dasarnya kita melangar suruhan dan teras yang di tetapkan untuk kita meminta darinya, ada pula yang di beri nikmat berubah sekelip mata, sehingga mereka sanggup tidak malu menyatakan ini semua usaha mereka sendiri, tidak kurang juga mereka yang merasakan segala atas dunia ni milik mereka, sedangkan hak yang sebenarnya hanya DIA, Dia lah pemilik sekalian alam walaupun kita membeli menggunakan wang ringgit yang kita usaha dan sesungguhnya segala yang kita cari itu akan sia-sia bila kita tidak menggunakan kejalan yang lurus. Dalam dunia Akhir Zaman ni ku lihat pelbagai karenah manusia, ada yang begitu taksub dengan dengan melihat dan menagiskan 

Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

HIDUP KITA (siri 1)

Hi dup Kita, Alhamdulillah  dah setahun kita kenal. Mungkin saja saya karangkan kata-kata ini hanya untuk kita. Bukan untuk mengorat atau mahu ambil hati awak, tapi sebab AWAK memang saya hargai, tetapi sebelum saya mula nak menulis 'Hidup Kita' saya ada satu permintaan, cuma permintaan mudah yang lahir dari jiwa, bukan sekadar permintaan kosong.  kita sama-sama mudah melaku kan kesilapan, jadi teguran awak saya sangat perlu, bukan sekadar teguran, di susuli dengan nas-nas yang berteraskan pada paksi yang benar, sebagai balasan, saya mahu awak juga mengikut segala kehendak saya yang berlandaskan nas-nas benar, untuk kebaikan awak dan saya.  Kedua, saya tahu saya banyak kekurangan, kerana kekurangan saya awak yang lengkapkan, begitu juga awak. kita saling melengkapi. Kerana yang baik semua dari allah, mana yang buruk semua boleh diperbaiki, seperti yang telah allah nyatakan didalam Al-quran. al-kisah tersebut sepasang kekasih yang saling tidak mengenali antara mer...