Skip to main content

Mencari (Serching)

Dalam usia yang semakin meningkat, banyak perkara yang pasti diri ini sudah lalui, pelbagai situasi dan ketika diri ini masih dalam belenggu kehidupan, malam yang gelap tidak dapat memanggil diri ini, siang yang cerah hanya menampak kan cahayanya dikala awan tidak melitupi matahari yang memacari keindahan alam. diri ini masih lagi hidup dalam gelap, masih berjalan melalui lorong-lorong hitam yang berteduhkan batu-batu setinggi awan di langit.

Dalam mencari erti cahaya yang tersembunyi, keraguan selalu menguasai diri, halangan semulajadi yang dicipta melalui hati, perasaan... mungkin ini halangan bagi sesuatu perkara yang sudah terjadi dan bakal terjadi. cahaya yang malap dikala usia yang singkat menjadi kan diri ini resah. Mengapa perlu dilalui hakikat tentang kehidupan, yang penghujung jasad adalah mati yang memisahkan dua bentuk yang berbeza dari asalnya.

Diri ini,

sedang dibelenggu, dihantui dan di caci, jasad ini terlalu mengikut nafsu yang hitam, dikala diri ini masih dalam kesesatan, sedikit cahaya masuk tanpa di sedari, keindahan alam yang mengambarkan keagungan Nya menjadi inspirasi dalam diri untuk memperbaharui diri ini, bagaikan ada kuasa ghaib yang mistik membisik kan kesedaran dalam diri ini memanggil diri untuk lebih mengenal diri anugerah Nya.

Diri ini,

Masih dalam kegelapan, silam yang hitam, membelenggu nenyedihkan diri untuk bagun, untuk sedar akan erti sebenar cahaya yang wujud sejak sekian lama, dalam erti lain diri ini mencari, mencari sesuatu yang "hilang tapi ada", mencari yang "mati tapi hidup", mencari yang "terang tapi gelap".

Diri ini,

Akan terus mencari, dan yang pastinya ia pasti akan ku temui jua walaupun lambat tetap ku temu.... INSYAALLAH

Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

Dunia

Cerita Dunia, bukan cerita biasa yang di cipta dengan akal atau buku(ilmu), yang pasti ia adalah perjalanan yang di pilih oleh setiap individu. Walau apa jalan pun yang di lalui oleh setiap insan kepastian yang nyata ialah mencari halatuju di dalam pelayaran kehidupan. Kisah Dunia penuh dengan Khabar duka dan suka, dan yang pasti semua insan pasti melalui detik tersebut, kerana ia adalah pilihan yang insan sendiri memilih tiada yang memaksa untuk insan suka dan duka. Hanya cerita itu telah tertulis didalam jalan Dunia. Nukilan Dunia, hasilnya kepada emosi suka dan duka, lahir sifat dalam diri insan kebaikan Dan kejahatan itu juga pilihan. Tiada keterpaksaan kerana setiap perjalanan telah ada arahannya. Nyata dalam bayang yang sentiasa menghantui setiap sisi dalam perjalanan dunia. Indah tanpa ada yang mengetahui isi hari esok, menjadi misteri Nya.  Keagungan Dunia, boleh menyebabkan diri itu leka setiap keasyikan yang menipu pandangan insan yang terleka walau berilmu, nafsu akal ya...