masih belum sempurna, hari yang memanggil aku untuk berteduh dibawah panas terik matahari, Ia mencipta sesuatu untuk hambaNya. Ia yang maha kuasa, diri ini masih belum sempurna..
Hidup adalah anugerah, yang diberi sebagai ujian dariNya kepada hamba. Siapa yang mengetahui rahsia hidup pasti gembira jika melalui nya pada jalan yang dikehendaki oleh Nya. Setiap hari aku melihat manusia mengejar cita-cita dengan tujuan yang satu untuk melalui ujian dunia dengan mudah tanpa perlu merasa susah ketika hidup sebelum bertemu Pencipta, ada pelbagai rupa dan cara kita gunakan untuk menempuh kehidupan. Berbeza pendapat dan cara mencorak kehidupan yang sebenarnya berpaksikan kepada kelahiran dan kematian yang pasti dan akhirnya bertemu di kehidupan yang hakiki. Namun ramai yang tersasar dari asas yang di terjemahkan kepada kita ada juga yang tersalah terjemah menjadi terlalu taksub sehingga tidak sedar akan daratan yang dipijak hanya sementara. Mengumpul adalah matlamat setiap manusia dari segala benda sehingga ilmu juga di kumpul menjadi panduan untuk melalui setiap ujian. Ketika aku mencari laluan yang singkat ini pelbagai karenah dan cara yang aku lihat setiap dari kit
Comments
Post a Comment