Skip to main content

Teman Pengganti


rasanya lagu ni penuh dengan maksud tersembunyi, bukan apa diri ini sangat meminati lagu ini, sejak ia keudara di stesen radio, diri ini sudah tertarik dengan nukilan falsafah bahasa yang indah melalui lagu ini. Walaupun ia boleh di ketegorikan sebagai isi tersirat, namun rahsia disebalik lagu ini hanya penulis lirik lagu ini yang tahu.

Intro/ bridge :  ketawa bersama, menagis bersama, ku bersumpah harap kita, mati pun bersama.

walaupun bahasa yang di gunakan mudah difahami, namun penerangan pada ayat ini agak mendalam, pelbagai maksud dapat kita saksi kan melalui penggunaan bahasa yang digunakan. mungkin apa yang cuba di sampaikan oleh penulis lirik ini adalah kecintaan nya pada seseorang yang amat bermakna pada diri nya.

tapi apa yang pasti lirik berikutnya penuh dengan harapan, harapan yang mungkin ia tidak dapat teruskan..
Hari ini cukup la ku simpan sendiri segala perit hati, segala kenangan, segala pengalaman yang lalu, dan selesai sahaja aku menulis di blog ini segalanya akan ku lupa kan buat selamanya, tanpa membawa sedikit pun kenangan ini dengan ku, rasa macam nk pergi je. Bukan cuma aku semakin merasai akan kesedihan kerana menyimpan semua nya.

Mungkin sahabat-sahabat ku sudah melupakan ku, kerana aku sentiasa hilang-muncul-hilang semula, aku pun tak tahu kenapa tapi itu adalah aku, hilang bila tidak diperlukan muncul bila di perlukan, lagak seperti sang pahlawan misteri, entah la.... aku menulis mengikut emosi ku yang ada turun naik, penulisan ku berdasarkan perasaan dan perkataan ku adalah yang muncul tidak tentu, mengikut hati yang tidak tentu.
Kenagan yang indah apabila kita mempunyai ramai sahabat, namun ia akan hilang bila mereka rasa kita tidak diperlukan lagi, saat mereka sudah mulai terbang meninggalkan kita ia merupakan titik permulaan untuk berubah, kerana kita sudah tidak di perlukan lagi. SEDIH? mungkin tidak, tidakan itu hanya meyebabkan kita merasa tekanan kehidupan yang dicipta oleh kita sendiri, bagi mungkin ini merupakan permulaan suatu kehidupan, dalam konteks hidup secara akal.



Comments

Popular posts from this blog

Tasawuf

Tasawuf (atau tasawut) merujuk kepada aspek spiritual dalam Islam yang menekankan pembinaan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara-cara tertentu. Ini adalah satu cabang dalam agama yang berfokus kepada penghayatan nilai-nilai rohani dan batin. Berikut adalah beberapa poin penting mengenai tasawuf: Definisi Tasawuf - **Tasawuf** berasal dari kata Arab "ṣūf" yang bermaksud "wool". Ini merujuk kepada pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi sebagai tanda kesederhanaan dan pengasingan dari dunia. - Dalam konteks yang lebih luas, tasawuf merangkumi ajaran, amalan, dan disiplin yang bertujuan untuk mencapai kedamaian jiwa dan keintiman dengan Allah. Aspek Tasawuf 1. **Muraqabah**: Kesedaran dan pengawasan diri terhadap setiap amal dan niat, serta merasakan kehadiran Allah dalam setiap tindakan. 2. **Zikir**: Mengingati Allah melalui lisan dan hati. Amalan ini membantu menenangkan jiwa dan memperkuat hubungan dengan Tuhan. 3. **Tazkiyah**: Penyucian jiwa dari...

Ujian Allah

Hari ini 23 disember 2014, lagi lapan hari kita masuk tahun baru, sekejap sahaja masa itu pergi dan lagi enam tahun kita masuk tahun 2020, dan pada waktu itu di manakah dan macam mana kah keadaan kita semua yang masih berada di dalam usia 20-30an pasti kita berfikir, pada yang dah berkeluarga pasti rungsing memikir kan masa depan anak-anak, pada yang belum jangan risau sebab rezeki itu pasti datang, sebab ia semua ketentuan ilahi, DIA yang tahu akan rahsia alam semesta ini, hanya sedikit ilmu yang di beri kepada kita pada hari ini, dan yang pasti kita tidak boleh berasa angkuh dengan pemberian ilmu dari nya. Alhamdulilah tahun ini berjalan seperti yang di rancang, dan sekarang sibuk merancang apa yang aku akan lakukan pada tahun hadapan, dan harapan nya sama seperti semua yang di luar sana berharap akan menjadi lebih baik dari tahun sekarang, Usia makin meningkat, mata semakin rabun menandakan aku semakin tua, kekuatan semakin lemah, tapi itu bukan penghalang untuk aku menjalankan eks...

Dunia

Cerita Dunia, bukan cerita biasa yang di cipta dengan akal atau buku(ilmu), yang pasti ia adalah perjalanan yang di pilih oleh setiap individu. Walau apa jalan pun yang di lalui oleh setiap insan kepastian yang nyata ialah mencari halatuju di dalam pelayaran kehidupan. Kisah Dunia penuh dengan Khabar duka dan suka, dan yang pasti semua insan pasti melalui detik tersebut, kerana ia adalah pilihan yang insan sendiri memilih tiada yang memaksa untuk insan suka dan duka. Hanya cerita itu telah tertulis didalam jalan Dunia. Nukilan Dunia, hasilnya kepada emosi suka dan duka, lahir sifat dalam diri insan kebaikan Dan kejahatan itu juga pilihan. Tiada keterpaksaan kerana setiap perjalanan telah ada arahannya. Nyata dalam bayang yang sentiasa menghantui setiap sisi dalam perjalanan dunia. Indah tanpa ada yang mengetahui isi hari esok, menjadi misteri Nya.  Keagungan Dunia, boleh menyebabkan diri itu leka setiap keasyikan yang menipu pandangan insan yang terleka walau berilmu, nafsu akal ya...