Skip to main content

TONGGAK DUA BELAS

ELEMEN TONGGAK DUA BELAS


(i) Menghargai Masa
(ii) Ketekunan Membawa Kejayaan
(iii) Keseronokan Bekerja
(iv) Kemuliaan Kesederhanaan
(v) Ketinggian Peribadi
(vi) Kekuatan Sifat Baik Hati
(vii) Pengaruh Teladan
(viii) Kewajipan Menjalankan Tugas
(ix) Kebijaksanaan Berhemat
(x) Keutamaan Kesabaran
(xi) Peningkatan Bakat
(xii) Nikmat Mencipta

ANALISIS DAN TAFSIRAN

1 MENGHARGAI MASA
Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup.Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masayang berIalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap.
Banyak petikan yang boleh diberi untuk menggambarkan nilai masa. al‑Quran(al‑Asr 103: 1‑3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya jugaterdapat kata‑kata hikmah yang menyentuh keperihalan mahalnya masa,contohnya 'time and tide wail for no man ". Peribahasa kita sendiri mengatakan “masa itu emas"!
Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa.Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supayatidak perlu diulang sekali lagi. Perbincangan kerja yang teliti juga akan menjaminkerja berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yangdiutamakan dalam menghargai masa ialah:
· Segerakan tindakan;
· Tepati masa;
· Rancang masa dan tugas; dan
· Menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan).
Amalan-amalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnyamencuri tulang semasa bertugas atau berbual‑bual kosong.




2 KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang tekuntidak menerima kekalahan. Genggam bara api biar jadi arang, kata orang tua‑tua.Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa bersama dengan merekayang sabar (al‑Baqarah 2:153).
Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang berdisiplin,bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pulatidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja. Ketabahandiperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil. Setiaphalangan adalah cabaran dan bukannya pematah semangat.
Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikaphangal‑hangat tahi ayam " tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohisemangat "kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan danberkesinambungan),seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun. Secararingkasnya, nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranyaialah:(i)Bersemangat gigih dan tekun;(ii)Berdisiplin,(iii)Dedikasi,(iv)Cekal,(v)Berpandangan jauh,(vi)Inovatif dan kreatif.

3 KESERONOKAN BEKERJA
Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban danmembosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja, dansemangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronokbekerja bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44).
Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan kepadausaha‑usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai‑nilai yangperlu dititik beratkan dalam. mewujudkan keseronokan bekerja ialah:
(i) Kerja adalah ibadah(i i) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah;(iii) Komitmenterhadap kerja(iv)Sedia bekerjasama.

4 KEMULIAAN KESEDERHANAAN
Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan,memilih jalan pertengahaantara dua extremes. Orang Islam telah diperingatkanbahawa sebaik‑baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan akan menjamintidak berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah:
(i)Sederhana dalam semua aspek kehidupan;(ii)Tidak membazir,(iii)Adil dalamtindakan;(iv) Bersikap terbuka(v) Berjimat cermat.
Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuk-nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik yang sukaberpura‑pura.

5 KETINGGIAN PERIBADI
Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk adalahtutur‑kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang.Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat‑buat. Sekalipun dia menduduki tempatsebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh; boleh menegur danditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifatketinggian peribadi seseorang ialah:
(i)Bersopan santun(ii)Amanah(iii) Saling hormat‑menghormati(iv)Sediamembantu.sebaliknya, kerendahan peribadi dapat diukur, antara lainnya, daripadaperbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah, menyalahgunakankedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindak‑tanduknya.

KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
Tersangat banyak sifat terpuji pada diri oang yang menghayati nilai ini. Sebagaiketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka menolong orangbawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya.Salahuddin AI‑Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan dikagumioleh musuh‑musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebuah kubuorang Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacaraperkahwinannya pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkanialah:
(i) Adil(i i)Sedia menerima teguran(iii) Bertimbang rasa(iv) Prihatin terhadapkebajikan.

7 PENGARUH TELADAN
Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata, "buatseperti apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku buat". Ini sama sajaseperli ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dalam banyak kes pula, teladanburuk apabila ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi!
Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan.Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata‑mata memberiarahan. Oleh iti sifat‑sifat yang perlu diamalkan ialah:(i) Berkelakuanbaik(ii)Amanah(iii) Telus dalam prosedur(iv)Bermoral tinggi.

8 KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginyamenyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yangtepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggungjawab,bukansekadar memenuhi syarat saja.
Dalarm Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripadatanggungjawab. Hukumnya. berdosa. Ada orang yang "mencuri " waktu pejabat,berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek danpinggan‑mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan waklu"curi" ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan keprofesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikianantara sifal yang perlu diamalkan ialah:
(i) Bertanggungjawab(ii) Tekun dan sabar(iii) Mengutamakan kerja(iv)Peningkatan kualiti 

9 KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
Berhemat ertinya berjimat‑cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalahdikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di Amerika tentangmereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faklor yang sentiasaterdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan mereka,yakni tidak penah melebihi pendapatan.
Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasiMisalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakaipada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik airditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa wakturehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakanusaha berhemat ialah:
(i) Tidak membazirkan harta kerajaan (ii) Bertanggungjawab terhadap harta kerajaan(iii)Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan.

10 KEUTAMAAN KESABARAN
Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapatmenerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam,kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada kemenanganatau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W.,penentangan daripada pembesar‑pembesar Quraisy tidak mematahkan semangatperjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam diterima dan berkembang.Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Bairddan lain‑lain pereka cipta berjaya lantaran kesabaran.
Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dandinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif‑altematif.Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama dalammenghadapi kerenah orang lain, Oleh itu kesabaran dalam mengusahakan sesuatupekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukankan sifat-­sifatberikut:
i)Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang(ii)Tidak mudah putus asa(iii)Sediamenyabut cabaran.

11 PENINGKATAN BAKAT
Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori muhipleinleffigences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapatmenghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar hingga kehari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya.
Bakat jika tidak dipupuk dan di pertingkatkan menjadi sia‑sia. Sebaliknya, jikadipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima.faedahnya. Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turutmendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu‑individu; kejayaansektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam.
Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat sertamenggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea‑idea baru janganlah disekat,lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikembangkan. Dalamucapan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir sempena perasmian Kompleks JabatanPerkhidmatan Awam, beliau menegaskan tentang perlunya "menajarnkan bakatyang sedia ada pada seseorang".

12 NIKMAT MENCIPTA
Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea‑idea lateralseperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono, 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatan-jabatan kerajaanbanyak tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya, tradisipegawai atasan mengelak daripada berjumpa dengan pelanggan.
Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikanurusan, misaInya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkanpegawainya untuk mendapalkan tanda tangan peminjam yang sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang.
Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau "gila‑gila", akhirnya diterima dengan baik, misalnya konsep "sekolah dalam taman". Idea menerbitkan kereta nasional kita pada masa mula‑mula dicadangkan dahulu telah mentertawakan sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat.

Comments

Popular posts from this blog

Nukilan satu

 Hidup adalah anugerah, yang diberi sebagai ujian dariNya kepada hamba. Siapa yang mengetahui rahsia hidup pasti gembira jika melalui nya pada jalan yang dikehendaki oleh Nya. Setiap hari aku melihat manusia mengejar cita-cita dengan tujuan yang satu untuk melalui ujian dunia dengan mudah tanpa perlu merasa susah ketika hidup sebelum bertemu Pencipta, ada pelbagai rupa dan cara kita gunakan untuk menempuh kehidupan. Berbeza pendapat dan cara mencorak kehidupan yang sebenarnya berpaksikan kepada kelahiran dan kematian yang pasti dan akhirnya bertemu di kehidupan yang hakiki. Namun ramai yang tersasar dari asas yang di terjemahkan kepada kita ada juga yang tersalah terjemah menjadi terlalu taksub sehingga tidak sedar akan daratan yang dipijak hanya sementara. Mengumpul adalah matlamat setiap manusia dari segala benda sehingga ilmu juga di kumpul menjadi panduan untuk melalui setiap ujian.  Ketika aku mencari laluan yang singkat ini pelbagai karenah dan cara yang aku lihat setiap dari kit

Dunia

Cerita Dunia, bukan cerita biasa yang di cipta dengan akal atau buku(ilmu), yang pasti ia adalah perjalanan yang di pilih oleh setiap individu. Walau apa jalan pun yang di lalui oleh setiap insan kepastian yang nyata ialah mencari halatuju di dalam pelayaran kehidupan. Kisah Dunia penuh dengan Khabar duka dan suka, dan yang pasti semua insan pasti melalui detik tersebut, kerana ia adalah pilihan yang insan sendiri memilih tiada yang memaksa untuk insan suka dan duka. Hanya cerita itu telah tertulis didalam jalan Dunia. Nukilan Dunia, hasilnya kepada emosi suka dan duka, lahir sifat dalam diri insan kebaikan Dan kejahatan itu juga pilihan. Tiada keterpaksaan kerana setiap perjalanan telah ada arahannya. Nyata dalam bayang yang sentiasa menghantui setiap sisi dalam perjalanan dunia. Indah tanpa ada yang mengetahui isi hari esok, menjadi misteri Nya.  Keagungan Dunia, boleh menyebabkan diri itu leka setiap keasyikan yang menipu pandangan insan yang terleka walau berilmu, nafsu akal yang t

NUKILAN KU

A ssalamualaikum dan salam sejahtera, nukilan ku akan berubah mulai saat ini tiada lagi omongan tentang diri ku, cuma aku cuba membangunkan metafora dan gaya bahasa yang lebih jitu. Hebat kalau berterusan saya boleh menghiasi baris kata bahasa dan bicara selembut sutera china. Indah madah tidak bermakna saya bijak berbicara, mungkin aku akan mencuba menggunakan abjad jawi supaya tamadun melayu itu tidak lenyap di mamah penjajah, walaupun secara am nya dapat di fikirkan secara logik bangsa melayu menggunakan tulisan arab dan mencipta gaya tulisan mereka dengan meniru. Belum bermula lagi bicara Nukilan Kehidupan untuk hari ini, aku suka menulis mungkin kerana terlalu banyak yang aku simpan dalam diri, aku suka bersendiri kerana aku takut dengan Diri (yang dimaksudkan Diri ialah Yang mencipta), aku lemah tapi aku ada Dia, aku kurang selalu Dia cukupkan, Tuhan aku bersyukur kerana Engkau sentiasa disisi, aku berjalan dalam hidup tetapi aku tidak akan sampai kedestinasi itu melainkan aku