Skip to main content

Pandangan Ku

Pandagan ku berbeza dari setiap faktor,
Pandangan mu berbeza dari setiap faktor.

Pandangan ku terlihat didalam rimba tebal
Pandangan mu terlihat tanpa ada sekatan.

Pandangan ku dunia ini hanya fatamorgana
Pandangan mu dunia ini fatamorgana

Pandangan ku tidak telus
Pandangan mu telus dan bertujuan

Pandangan ku kiasan buat yang nampak
Pandangan mu hanya kepentigan buat mu

Pandangan ku masih berbeza dari setiap faktor
Pandangan mu telah jauh berubah mengikut fakta

Pandangan ku dalam perjalanan yang berliku
Pandangan mu menuju ke padang pasir yang luas hampar.

Pandangan ku terlihat sukar untuk ditempuh
Pandangan mu lurus namun sukar untuk ditempuh.

Pandangan ku bukan jalan biasa
Pandangan mu jalan lurus yang dibina atas penindasan

Pandangan ku masih jua berbeza......

Comments

Popular posts from this blog

Nukilan satu

 Hidup adalah anugerah, yang diberi sebagai ujian dariNya kepada hamba. Siapa yang mengetahui rahsia hidup pasti gembira jika melalui nya pada jalan yang dikehendaki oleh Nya. Setiap hari aku melihat manusia mengejar cita-cita dengan tujuan yang satu untuk melalui ujian dunia dengan mudah tanpa perlu merasa susah ketika hidup sebelum bertemu Pencipta, ada pelbagai rupa dan cara kita gunakan untuk menempuh kehidupan. Berbeza pendapat dan cara mencorak kehidupan yang sebenarnya berpaksikan kepada kelahiran dan kematian yang pasti dan akhirnya bertemu di kehidupan yang hakiki. Namun ramai yang tersasar dari asas yang di terjemahkan kepada kita ada juga yang tersalah terjemah menjadi terlalu taksub sehingga tidak sedar akan daratan yang dipijak hanya sementara. Mengumpul adalah matlamat setiap manusia dari segala benda sehingga ilmu juga di kumpul menjadi panduan untuk melalui setiap ujian.  Ketika aku mencari laluan yang singkat ini pelbagai karenah dan cara yang aku lihat setiap dari kit

Dunia

Cerita Dunia, bukan cerita biasa yang di cipta dengan akal atau buku(ilmu), yang pasti ia adalah perjalanan yang di pilih oleh setiap individu. Walau apa jalan pun yang di lalui oleh setiap insan kepastian yang nyata ialah mencari halatuju di dalam pelayaran kehidupan. Kisah Dunia penuh dengan Khabar duka dan suka, dan yang pasti semua insan pasti melalui detik tersebut, kerana ia adalah pilihan yang insan sendiri memilih tiada yang memaksa untuk insan suka dan duka. Hanya cerita itu telah tertulis didalam jalan Dunia. Nukilan Dunia, hasilnya kepada emosi suka dan duka, lahir sifat dalam diri insan kebaikan Dan kejahatan itu juga pilihan. Tiada keterpaksaan kerana setiap perjalanan telah ada arahannya. Nyata dalam bayang yang sentiasa menghantui setiap sisi dalam perjalanan dunia. Indah tanpa ada yang mengetahui isi hari esok, menjadi misteri Nya.  Keagungan Dunia, boleh menyebabkan diri itu leka setiap keasyikan yang menipu pandangan insan yang terleka walau berilmu, nafsu akal yang t

NUKILAN KU

A ssalamualaikum dan salam sejahtera, nukilan ku akan berubah mulai saat ini tiada lagi omongan tentang diri ku, cuma aku cuba membangunkan metafora dan gaya bahasa yang lebih jitu. Hebat kalau berterusan saya boleh menghiasi baris kata bahasa dan bicara selembut sutera china. Indah madah tidak bermakna saya bijak berbicara, mungkin aku akan mencuba menggunakan abjad jawi supaya tamadun melayu itu tidak lenyap di mamah penjajah, walaupun secara am nya dapat di fikirkan secara logik bangsa melayu menggunakan tulisan arab dan mencipta gaya tulisan mereka dengan meniru. Belum bermula lagi bicara Nukilan Kehidupan untuk hari ini, aku suka menulis mungkin kerana terlalu banyak yang aku simpan dalam diri, aku suka bersendiri kerana aku takut dengan Diri (yang dimaksudkan Diri ialah Yang mencipta), aku lemah tapi aku ada Dia, aku kurang selalu Dia cukupkan, Tuhan aku bersyukur kerana Engkau sentiasa disisi, aku berjalan dalam hidup tetapi aku tidak akan sampai kedestinasi itu melainkan aku